Fakulti Undang-Undang UiTM

Fakulti Undang-Undang, UiTM merupakan salah satu fakulti graduan profesional Universiti Teknologi MARA atau UiTM dan dianggap sebagai salah satu institusi-institusi pembelajaran yang paling terkemuka di Malaysia. Bertempat di bandar Shah Alam dalam negeri Selangor ia merupakan salah satu daripada institusi pengajian undang-undang yang tertua di Malaysia. Dekan yang megetuai fakulti ini pada masa kini adalah Profesor Madya Saudah Sulaiman yang telah dilantik semenjak tahun 2007. Setiap kelas dalam program ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undangnya mempunyai kira-kira 800 pelajar. Selepas penghabisan program tiga tahun ini, para pelajar lazimnya akan menyambung dengan satu lagi program ijazah profesional yang dipanggil ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian). Program ini dikendalikan oleh sekumpulan pensyarah yang mempunyai pengalaman praktikal dan juga peguam-peguam yang beramal yang mempunyai gelaran tinggi dalam profesyen perundangan. Beberapa pemeriksa tempatan dan juga asing dilantik untuk memastikan bahawa piawaian antarabangsa yang tinggi terus berkekalan. Tidak seperti program-program undang-undang yang lain, para pelajar diberikan peluang untuk bekerja dalam persekitaran stimulasi pejabat undang-undang. Para pelajar dibekalkan dengan pejabat pengamal undang-undang dan dimestikan bekerja seakan-akan dalam firma guaman yang sebenar. Struktur program ini telah dibentuk untuk menyediakan para pelajar kepada cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi di luar.Antara graduan-graduan yang telah menjadi pelajar di Fakulti Undang-Undang UiTM ini adalah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Hasbi Hassan, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Zaid Ibrahim yang telah mengasaskan firma guaman terbesar di Malaysia, bekas Senator dan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd. Khamil B Jamil , Ketua Pengarah DRB-HICOM, pelakon terkenal Malaysia, Annahita Bakavoli dan Yunalis Zarai, penyanyi Indie Malaysia.